BAHASA MELAYU
Tuesday, 3 April 2012
KATA SENDI adalah golongan kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi menunjukkan perkaitan antara satu perkataan/frasa dengan perkataan/frasa yang lain.
Contoh:
- Buku di pejabat (kata nama + kata sendi + kata nama)
- Menyelam sambil minur air (kata kerja + kata sendi + frasa kerja)
- Rosak kerana banjir melanda (kata sifat + kata sendi + frasa nama
Fungsi kata sendi
Ada lima fungsi kata sendi:
- Menunjukkan tempat atau arah.
- melalui jalan dalam
- pada fikiran saya
- Menunjukkan masa.
- dalam tahun lepas
- sewaktu bulan biru
- Menunjukan sebab akibat.
- Kemalangan berlaku kerana jalan licin
- Sebab mulut badan binasa
- Menunjukkan pelaku.
- Perlawanan akhir itu dimenangi oleh Kedah FA
- Menunjukkan mangsa.
- Perompak itu kena belasah
Bahagian kata sendiKata sendi boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama:- Sendi nama
- Sendi kata
Sendi namaKata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata nama. Antara kata sendi nama yang biasa digunakan ialah:- di
- ke
- kepada
- pada
- dari
- daripada
- seperti
- dengan
Kata sendi kata ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata kerja, kata sifat dan kata tugas.- bagi
- sambil
- selepas
- sebelum
Bentuk kata sendiKata sendi juga boleh dibahagikan mengikut bentuknya:
Sendi tunggal- antara
- bagai
- demi
- hingga
- kerana
- sejak
Sendi berimbuhan- bagaikan
- berikut
- mengingat
- merupakan
- sehubungan
- seputar
Sendi majmuk- atas sebab
- bagaimanapun
- dalam hal
- daripada
- di antara
- kepada
- oleh kerana
- selain daripada
Subscribe to:
Posts (Atom)