Tuesday, 3 April 2012


 KATA SENDI adalah golongan kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi menunjukkan perkaitan antara satu perkataan/frasa dengan perkataan/frasa yang lain.
Contoh:
  • Buku di pejabat (kata nama + kata sendi + kata nama)
  • Menyelam sambil minur air (kata kerja + kata sendi + frasa kerja)
  • Rosak kerana banjir melanda (kata sifat + kata sendi + frasa nama

Fungsi kata sendi

Ada lima fungsi kata sendi:
  1. Menunjukkan tempat atau arah.
    melalui jalan dalam
    pada fikiran saya
  2. Menunjukkan masa.
    dalam tahun lepas
    sewaktu bulan biru
  3. Menunjukan sebab akibat.
    Kemalangan berlaku kerana jalan licin
    Sebab mulut badan binasa
  4. Menunjukkan pelaku.
    Perlawanan akhir itu dimenangi oleh Kedah FA
  5. Menunjukkan mangsa.
    Perompak itu kena belasah


    Bahagian kata sendi

    Kata sendi boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama:
    • Sendi nama
    • Sendi kata


    Sendi nama

    Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata nama. Antara kata sendi nama yang biasa digunakan ialah:

    di
    ke
    kepada
    pada

    Sendi kata

    dari
    daripada
    seperti
    dengan





    Kata sendi kata ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata kerjakata sifat dan kata tugas.
    bagi
    sambil
    selepas
    sebelum


    Bentuk kata sendi

    Kata sendi juga boleh dibahagikan mengikut bentuknya:


    Sendi tunggal

    antara
    bagai
    demi
    hingga
    kerana
    sejak


    Sendi berimbuhan

    bagaikan
    berikut
    mengingat
    merupakan
    sehubungan
    seputar


    Sendi majmuk


    atas sebab
    bagaimanapun
    dalam hal
    daripada
    di antara
    kepada
    oleh kerana
    selain daripada

No comments:

Post a Comment